Breaking News

Si Bulan dan Si matahari


Kau ku ibaratkan matahari,
Ada kalanya kau nampakkan dirimu
Ada kalanya kau bersembunyi ..

Biarpun di balik awan nan indah
Biarpun di sebalik gunung yang menghijau,
Kau tetap mendamaikan jiwaku..
Saat kau terbit di sebalik gunung dengan sinar jinggamu yang begitu syahdu dan tulus setulus hati seorang bayi yang baru lahir ke dunia,
,
Dan juga saat kau menyuluh cahayamu
Sungguh mendamaikan alam pabila kau tergelincir di hujung lautan biru,

Di kala malam yang tenang dan puitis melagukan memori indah yang pernah tercipta dulu,
Kau tetap setia menerangi diriku tanpa penat lelah dan jemu..
Walaupun cahayamu kau titip melalui rembulan nan indah,Sungguh terindah buat seorang pencinta.

Matahariku,
Jelas pada pandangan mata dan hatiku,
Walaupun kau tetap membisu,
Namun aku tahu,
Kau sayang padaku
Lihatlah pertalian seni yang tercipta antara kita,

Kau setia menerangiku
dan aku sentiasa menanti cahaya darimu
Dan ia akan terus begitu
Hingga akhir nyawaku...



No comments:

Designed By Izzasakura