Breaking News

Ketahui tentang kebaikan teh hitam

Teh hitam bukan saja sesuai diminum pada waktu pagi dan petang malah teh ini juga mempunyai banyak kelebihan dari segi kesihatan dan kecantikan.

Antara khasiat teh hitam ini ialah
* Melembapkan bibir

Gunakan uncang teh untuk membersihkan bibir selama lima minit dan bibir tidak perlu dibilas.

* Mengatasi bau mulut

Teh juga digunakan untuk mengatasi bau mulut. Caranya ialah menjadikan teh sebagai ubat berkumur.

* Menyejukkan kulit

Mendinginkan kulit yang terbakar sinar matahari. Caranya ialah dengan merendamkan beberapa uncang teh dan biarkan sejuk setelah itu tampal uncang teh pada bahagian terbakar sinar matahari.

* Mengatasi luka bakar ringan

Caranya sama untuk mengubati kulit terbakar sinar matahari iaitu dengan merendam satu uncang teh dan biarkan sejuk. Serta tampalkan pada bahagian yang terbakar.

* Mengatasi uban

Caranya rendam tiga uncang teh dalam satu cawan air mendidih. Tambahkan satu senduk makan rosemary yang dikeringkan. Biarkan semalaman dan tapis. Untuk menggunakannya ialah seperti menyapu syampu rambut seperti biasa, lalu tuangkan campuran teh pada rambut. Pastikan semua rambut dibasahi teh. Selepas semua dibasahi oleh teh, jangan dibilas dengan air tetapi keringkan dengan tuala. Lakukan beberapa kali untuk mendapatkan hasil yang diinginkan.

* Meredakan gusi berdarah

Jika gusi anak berdarah kerana gigi sulungnya patah, hentikan pendarahan dan redakan sakit dengan cara, basahi uncang teh dengan air sejuk. Tekankan langsung pada bahagian yang berdarah.

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2011/07/khasiat-teh-hitam-untuk-kecantikan-dan.html#ixzz2BEre9Y3k

No comments:

Designed By Izzasakura