Breaking News

Sukarnya nak maafkan seseorang

Tatkala teringat peristiwa ini,saya sukar untuk memaafkan seseorang atas kesilapan dia ,pada dasarnya saya rasa dia memang kejam,terlalu kejam tapi,....saya tidak berhak untuk menghukum dia atas kesilapan yang dia pernah lakukan pada saya ,mungkin Tuhan akan membalas semua perbuatan dia pada saya ,dan mungkin juga tidak,,,tatkala dia berikan saya sekuntum mawar yang indah,.indah pada luarannya sahaja ,tetapi pabila saya telah menerima dengan seikhlas hati,mawar itu makin layu,dan terus layu ditelan waktu dan begitu jugalah kisah yang telah tercoret di tangan Tuhan untuk kami.


Saya tak nafikan bahwa mulut saya berkata saya maafkan dia,,,tetapi hati saya?Hati saya cuma Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu,Pabila dia tidak memerlukan saya ,dia buang saya jauh-jauh dan kini ,sekarang dan  mungkin selamanya saya telah buang dia jauh dari kehidupan saya yang dulu,

Saya tersenyum ketika ini,Saya bersyukur kepada Tuhan kerana telah menyedarkan saya dari mimpi-mimpi yang buruk ini atas kehendak saya sendiri,Saya berterima kasih kepada Tuhan kerana telah membukakan pintu hati saya untuk memaafkan seseorang yang pernah melukai hati saya .

No comments:

Designed By Izzasakura