Breaking News

5 kesilapan besar buat Si "Muka berjerawat"

Salam sejahtera,saya bukanlah seorang pakar kecantikan tetapi hanyalah seorang mangsa jerawat yang pernah dialami oleh semua remaja jadi saya kongsikan sedikitkesilapan yang dilakukan oleh remaja ketika menghadapi masalah jerawat ni

1.PICIT JERAWAT
Dah berapa kali cakap jangan picit.jangan picit,alahai dia picit juga ye,Masalah suka picit memicit ni memang sinonim sangat terutama bila jerawat dia besar dan mempunyai nanah,jerawat seperti ini kalau dipicit akan menyebabkan parut yang mengambil masa bertahun untuk hilang sebaiknya biarkan jerawat tersebut mengecut sendiri dengan menyuamkan muka dengan air suam ataupun menyapu gel khusus untuk jerawat.


2.MENCUCI MUKA TERLALU KERAP
Cara ni juga salah ye sayang,kerana ini akan menyebabkan kulitmenjadi lebih kering kerana minyak semulajadi telah dikeluarkan dari kulit,cukup hanya mencuci muka sebelumtidur dan bangun dari tidur.


3.DENGAR CAKAP ORANG LAIN
Memanglah kita berhak dinasihati dan kita juga berhak dengar cakap orang lain tapi ini dari segi kecantikan kulit muka kita tidak boleh ikut je apa yang orang lain offer produk yang dia pakai sebab apa mungkin produk tu tak sesuai dengan kulit muka kita jadi lebih baik sebelum guna macam-macam produk,lebih baik guna cara tradiosional dulu.

4.MEMAKAI PRODUK PEMUTIH MUKA
Cara ni tak sesuai untuk kulit yang berjerawat ,kerana ini akan membuat kulit kelihatan merah ,sebelum memakai produk sebegini,rawat masalah jerawat terlebih dahulu

5.MAKANAN BERMINYAK
Elakkan makanan berminyak dan makanan laut kerana ini mungkin menyebabkan masalah
alahan kulit
Ok itu saja tips dari saya.

2 comments:

Adilah Asari said...

wah..bagus ni :)

Unknown said...

setuju2..yang bab dengar ckap org lain kwn sy pernah ada pngalaman..
kwn dia ckap nak jerawat kecut letak ubat gigi sblom tdor..esoknya tgok2 merah n pedih gila tmpat yang berjerawat tu..now ada tggal parut..nasib x besar tp nmpak laa..huhuhu

Designed By Izzasakura