Breaking News

Tips jimat ketika membeli produk muka

Hai semua,kali ni saya nak bagi tips ,,sebenarnya tak tahu nak pilih tajuk yang sesuai,tips ni sesuai untuk para pelajar yang menghadapi masalah kulit cth kulit berjerawat dan kurang berkemampuan untuk membeli produk yang mahal,

Bila dah kulit berjerawat kan mesti rasa macam semuanya nak cuba,duit pun dilaburkan dengan begitu saja,tapi kesannya?Mungkin nampak dalam sebulan dua,bila produk dah habis,jerawat mula mencanak-canak naik.menggelupas la,ataupun langsung tiada kesan.Jadi tips ni sesuai untuk pelajar yang ingin berjimat,maklumlah pelajar kan,harapkan duit mak ayah je,

Tips pertama
1.Jika wajah anda berjerawat teruk dan bernanah besar,silalah amalkan petua tradisional dulu,jangan beli produk lain sebab kalau produk untuk kulit berjerawat ni,mungkin tak sesuai kan,Petua yang boleh anda cuba amalkan masker yogurt,bedak sejuk,susu dan susu tepung,susu ni mengandungi salicyric acid,bagus untuk mengurangkan bengkak jerawat,dan mengurangkan parut di wajah.

2,Kalau muka dah agak2 elok sikit boleh la cari produk untuk hilangkan parut ,contoh produk yang agak berpatutan dan semulajadi ialah produk aiken,nuteen,boleh dibeli di pasaraya.

3,Jangan terpengaruh dengan iklan di tv atau sebagainya,lumrah perempuan kan,tak boleh tengok produk muka je semuanya nak cuba,sebenarnya produk tersebut mengandungi bahan kimia dengan tagline,"Kulit cantik hanya 2 hari" jadi pilihlah produk yang semulajadi,cth aloe vera,tea tree oil,walaupun kesannya lambat,tapi ia tak memudaratkan kulit

4,Kalau jerawat tu masih lagi bermaharajalela,makanya korang kena tengok apa yg korang makan seharian,junk food ke?makanan bergoreng,nasi lemak dan macam2 lagi,badan korang dah penuh toksik la tu,jadi cubalah cari dan minum susu kambing ke,ataupun teh hijau ke bagus untuk membuang toksik2 dalam badan.dan minum air masak banyak2.

jimat,muka,jerawat,teruk,
5,Lumrah seorang perempuan kan mesti selalu je nak tengok cermin,belek sana sini,kot2 hidung senget sebelah ke,hidung tertiba terkembang sikit ke kan,tiba2 ternampak pula jerawat bernanah besar,rasa nak picit je gatal pula tangan tu,Jangan picit ya,jangan lama2 tengok cermin tu,kecuali la kalau masa nak sikat rambut ke kan,

Ok itu saja.

1 comment:

Mizz Pena said...

yup...kn byk minum air masak..

Designed By Izzasakura